10 Tips Insurans Yang Netizen Perlu Tahu Sebelum Mengambil Takaful / Insurans

 

Dalam topik kali ni, saya akan terangkan tips insurans

“10 Tips Yang Rakyat Malaysia Perlu Ambil Tahun Sebelum Mengambil Takaful”.

Ramai netizen yang masih ambil remeh tentang takaful atau insurans hayat.

Ada kalanya mereka hanya menganggap takaful ini penipu atau membazir duit dan tidak mendapat apa-apa faedah.

Mungkin kadang-kadang kita akan terlepas pandang atau terlalu percayakan orang lain dan tidak membuat kajian sendiri.

Disini, SayaTakaful.com akan menjelaskan..

10 Tips yang korang perlu tahu sebelum mengambil sebarang plan takaful / insurans.

Bagi yang mempunyai wang “spare” atau simpanan yang sedia ada pada setiap bulan, biasanya akan mencari plan takaful yang sudah tersedia dengan “Medical Card”.

 

1. Medical Card. Penting atau Tidak?

Netizen selalu pening kepala bila apa-apa plan takaful, ejen atau bank akan bagi Medical Card.

Dan sesetengah rakyat Malaysia sudah ada “medical card” yang disediakan oleh majikan.

Tidak kira kerja di pejabat swasta atau awam.

Part medical ni akan di “cover” oleh majikan / boss.

Jadi, perlu ke nak beli “medical card” ni lagi sedangkan majikan kita dah provide? Jawapannya, “PERLU!”

Kenapa?  Medical card ni penting tak kira disediakan oleh majikan atau mana-mana brand takaful / insurans.

Mungkin pelan medical card yang diberikan oleh majikan kita rasa dah cukup.

TETAPI tak semestinya company yang anda kerja itu dapat “cover” dengan sepenuhnya.

Biasalah kan, mana-mana syarikat akan CUT cost kalau boleh.

Kalau melebih pembelanjaan mereka, akan timbul lah alasan-alasan yang kita tak sangka TERPAKSA dengar.

 

2. Jenis-jenis Coverage – Tahunan Atau Seumur Hidup?

Bila kita nak beli medical card ni, kita kena tahu berapa banyak benefit yang kita dapat.

Terutamanya, sama ada perlindungan takaful medical card itu, Seumur Hidup (Lifetime Coverage) ataupun Perlindungan Tahunan” (Annual Coverage)

Depends kepada jenis medical card, jika seseorang itu menimpa penyakit atau menerima apa-apa jenis kemalangan, individu itu tidak dapat menggunakan jumlah kos perubatan sepenuhnya.

Kerana kos perubatan sudah mencapai had perlindungan tahunan seperti RM50,000/tahun, RM100,000/tahun dan sebagainya.

Kos perlindungan ini akan di “reset” semula ke tahun yang seterusnya.

Walaupun kadang-kadang ada ejen takaful akan berkata “Coverage RM1 juta” itu depends kepada jenis medical card yang dia provide.

Jumlah sebegitu biasanya diberi untuk perlindungan seumur hidup.

Berdasarkan sumber, rawatan kanser yang paling minimum yang anda perlu di hospital swasta adalah dalam sekitar RM20,000 dan boleh sampai RM100,000++ ke atas.

Jadi, jika kita tak dapat mengelak penyakit ini dan harus meneruskan perubatan, kemungkinan, medical card yang anda miliki tak dapat nak cover kos perubatan yang perlu dibayar.

Walaupun anda pemilik “Medical Card”!

So, jangan mudah terpedaya dengan ejen takaful yang melemparkan ayat  seperti  “Sis, tak perlu risau.. Medical Card dah boleh cover sampai RM 1 Juta!”

Jikalau kos perubatan itu kita dah menggunakan lebih setengah juta (RM500,000) pada usia 30an (contohnya), had medical card itu balance hanya tinggal RM500,000 sahaja, untuk sepanjang hayat.

Awak rasa cukup ke?

Tanya dulu dengan ejen takaful tu;

“Betul ke RM1 juta?” “Untuk setahun, annually ataupun Seumur Hidup?”

InsyaAllah, mereka akan jawab soalan anda.

3. Perbezaan Life Insurans Dan Medical Card

Kadang kala, takaful akan berikan kedua-duanya sekali dan ia akan bergantung kepada apa yang insurans ejen anda yang akan uruskan plan takaful anda.

Perbezaan antara kedua-dua ni simple sahaja.

Life Insurans / Takaful Hayat
  • Life insurans adalah pampasan (compensation) – sekiranya anda meninggal dunia, cacat kekal dan menghidap penyakit kronik.
  • Life insurans akan dibayar secara lumpsum sekali gus dalam nilai yang besar bergantung kepada berapa jumlah insurans hayat anda.
  • Life insurans dibayar kepada keluarga anda, atau pilihan “hibah” yang anda pilih sewaktu mengambil insurans.
Medical card / Takaful Perubatan
  • Medical card ini akan dibayar straight ke hospital. Betul la tu, dah kata “medical”, kat mana lagi kan?
  • Medical card hanya boleh digunakan jika anda ditimpa kemalangan, bayar bil potong kaki dan penyakit yang biasa seperti demam dan sebagainya.
  • Apa-apa yang anda dikenakan ke wad atau hospital. Medical card ini boleh digunakan.
  • Medical card tidak boleh digunakan jika anda meninggal dunia. Kecuali takaful anda ada sediakan pampasan

Konklusinya, life insurans digunakan untuk menggantikan kehilangan sumber pendapatan keluarga.

(Contoh: Suami meninggal dunia, isteri dan 3 orang anak ditinggalkan. Isteri menerima hibah daripada pihak insurans suami dalam RM100,000 lumpsum untuk mereka survive)

Ingat, life insurans untuk anda cover family anda yang tersayang. Kita tak nak diorang hidup merana dengan hutang dan sebagainya.

 

4. Perbandingan Harga Hospital / Wad Ikut Tempat

Kalau anda sudah mengambil insurans dan medical card. Jika ditimpa penyakit atau sebagainya.

Macam mana pulak nak tahu hospital mana kena pergi dan hospital mana yang selesa?

Berapa pulak harga bilik wad dihospital untuk satu malam?

Biasanya, perkara ni boleh rujuk dengan ejen takaful anda. Mereka akan berikan info dengan sepenuhnya. Dan ia juga mengikut kawasan tempat tinggal anda.

Sebab premium yang anda subscribe tiap-tiap bulan / tahun, setiap insurans company akan berikan list hospital swasta yang mereka sendiri recommend.

Dalam kata lain, syarikat insurans memang ngam dengan hospital-hospital ni dan kalau nak claim tu memang senang.

Anda boleh click list panel hospital dan healthcare centre untuk Prudential disini. 

Kalau anda tinggal di kawasan Johor Bahru, harga bilik wad single dalam lingkungan RM200 – RM300 sehari. Itu depends kepada Hospital yang anda dihantar.

Jangan terkejut dengan harga ini, kerana Medical card anda dah cover dah. Hospital swasta ni dah macam hotel.

 

5. Langgan takaful untuk diri sendiri dengan 15% ke bawah dari sumber pendapatan

Yes, betul. Takaful / Insurans ni sememangnya penting. Tapi kalau kita langgan apa-apa jenis takaful tanpa berpikiran panjang.

Anda akan membazir duit dan lebih-lebih lagi, silap bulan, anda tak dapat nak membayar takaful tu.

Sebab itu netizen akan ingat “Takaful membazir, Takaful tipu dan sebagainya”

Ini kerana anda mempunyai financial problem. Setiap individu akan menghadapi masalah ini.

Malah seorang “banker” sendiri tak dapat nak menjaga finance sendiri.

Apa lagi kita kan?

Kita perlu ambil tahu berapa banyak komitmen yang anda ada dan berapa balance yang anda boleh asingkan.

Jika sumber pendapatan anda RM4000 sebulan,

maka 10% dari itu adalah takaful, RM400 sebulan.

Jadi ini lah amount yang anda boleh asingkan.

Paling maximum 15%, RM600 sebulan.

Jumlah ini lah anda perlu asingkan. Dan RM600 ini lah anda perlu guna untuk setiap ahli keluarga anda.

Ingat satu polisi untuk satu individu sahaja.

 

6. Pelan Takaful Keluarga atau Individu?

Ada ke istilah plan takaful keluarga? Sebenarnya plan takaful apa yang boleh berikan benefit macam ni?

Sebenarnya plan takaful ini tidak direkemenkan. Tapi anda perlu bertanya dengan ejen takaful tersebut.

Takut anda yang salah faham.

Pelan Takaful Keluarga ini biasanya harga premiumnya sangat rendah. Ada yang harganya dalam serendah RM30 ke RM100.

Bagi saya, harga ini tak masuk akal.

Kerana bayangkan harga perubatan sudah meningkat akibat inflasi.

Harga premium diletakkan sebegitu kerana, mereka dibahagikan kepada (contohnya: 4 orang ahli keluarga) RM100 / 4 = RM25 setiap orang.

Dan premium yang berharga RM25, tidak akan dapat semua kemudahan dan benefit dari “Medical Card” ataupun “Takaful hayat” dan mungkin tak ada pun life insurans.

Konklusinya, Pelan Individu lebih bermanfaat daripada pelan keluarga. Mengapa?

Pelan Individu hanya diukur oleh satu individu sahaja. Jika anda ada keluarga, setiap individu seperti suami, isteri dan anak akan mendapat polisi untuk setiap seorang.

Tetapi harga premium dinilai oleh setiap individu.

Contohnya: 

  1. Suami: RM200
  2. Isteri: RM200
  3. Anak lelaki: RM100

Ya, anda akan nampak mahal. tapi inilah nilai yang sepatutnya untuk seseorang memiliki takaful/insurans.

Jika ejen takaful memberi “pelan keluarga”, tanyakan kepada mereka,

Pelan Keluarga ni sekali dalam satu polisi atau polisi asing-asing?

Kalau murah sangat, jangan ambil!

Sama juga macam beli phone; nak yang baik, beli iPhone. Nak murah? beli phone dari China, dalam 2 – 3 minggu dah tak boleh pakai.

7. Polisi Anda Boleh Tukar atau Tetap?

Anda perlu check polisi Medical Card anda kalau boleh tukar atau tetap. Korang kena tengok di bahagian “Portfolio Withdrawal Condition”.

Hampir semua insurans ada Portfolio Withdrawal Condition ini.

PWC ni adalah klaus yang membolehkan pihak syarikat insurans untuk memberhentikan medical card anda dengan memberikan surat secara bertulis kepada pemegang polisi dalam masa 30 hari atau notis awal.

Proses ini akan diproses melalui approval daripada Bank Negara Malaysia’s (BNM) terlebih dahulu supaya protection pihak pemegang polisi terjamin.

Kenapa ada PWC ni?

Ini sebabnya, pihak insurans company boleh memilih pemilik polisi yang mempunyai penyakit atau tidak sihat dan mengeluarkan polisi insurans untuk mengelak pembayaran di masa hadapan.

Konklusinya, jika anda mempunyai penyakit atau apa-apa symptom haruslah “transparent” dan jangan sembunyikan penyakit anda semata-mata untuk mendapatkan premium yang rendah.

 

8. Method Renewal – Non-Guaranteed atau Guaranteed?

Ok. Anda dah dapat dah medical card. Semua dah settle tapi masih ragu-ragu. Medical card kita ni Yearly Renewal ke Guranteed Renewal?

Okay. Macam ni.

Guaranteed Renewable

Maksudnya, selagi anda bayar insurans / polisi anda tepat pada masanya dan tak ada lapse, dan kalau nak teruskan insurans itu, syarikat insurans itu akan renew polisi anda.

(Kalau lifetime claim limit tak burst / melebihi dari yang ditetapkan)

Syarikat insurans itu juga boleh menaikkan jumlah premium anda bayar bulanan, tapi tak apa kerana mereka akan selaraskan dengan pemilik takaful yang lain.

Non-Guaranteed Renewable

Biasanya yang non-guaranteed renewable insurans ni hanya boleh renew yearly, tiap tahun baru boleh renew.

Untuk renew polisi anda, ia tertakluk kepada persetujuan oleh syarikat insurans anda.

Bagi saya, “NGR” ni tak berapa baik, sebabnya, kalau lah kita ada penyakit yang datang balik. Pihak insurans tak dapat nak approve renewal anda.

Selepas itu, bila korang nak renew balik insurans tu, dah susah nak apply, sebabnya anda sudah ada rekod penyakit yang sebelumnya yang anda perlu confirmkan.

 

Ada dua cara jika anda renew dengan syarikat insurans baru

  • Syarikat insurans akan beri premium yang mahal
  • Mereka akan keluarkan penyakit anda dari medical card baru, jika penyakit itu datang balik. Pihat insurans tak akan bayar kos perubatan tersebut. (Sebab tak ada dalam list)

Sebab itu, anda perlu ambil Medical Card insurans semasa anda masih sihat dan muda lagi.

 

9. Buat Perbandingan Proposal Takaful Dahulu

Ada banyak jenis-jenis insurans di luar sana, dan ada lebih kurang 10 syarikat takaful yang berbeza.

Jadi, kita sebagai pelanggan / bakal pemilik takaful perlu membuat perbandingan yang sewajarnya.

Boleh lah kita dapatkan produk yang lebih baik yang paling sesuai dengan pendapatan serta komitmen kita.

Dah bila ada seorang ejen yang approach kita, kita tak perlu nak langgan terus dengan ejen tu.

Sebaiknya, buat perbandingan sendiri. Tanya beberapa ejen yang berlainan syarikat insurans.

Lebih-lebih lagi,

Boleh saja kalau nak mintak ejen “quotation”, mereka akan bagi depends kepada keperluan anda.

Kenapa ejen ajak jumpa?

Ada kalanya, status, pendapatan dan komitmen ni personal. Dan ejen perlu tahu serba sedikit tentang semua perkara tu dari segi pendapatan, komitmen, kerja, umur dan kesihatan.

Ingat, korang boleh ambil insurans masa sihat sahaja. Kalau sakit, tak ada gunanya untuk apply insurans.

Kemudian tips yang terakhir.

10. Mempunyai Matlamat Yang Jelas Semasa Membeli Insurans Takaful

Semestinya, bila kita nak melanggan sesuatu, kita perlu ada matlamat.

Apa-apa keputusan yang kita nak buat, matlamat adalahh yang paling penting. Niat tu penting.

Antara matlamat yang ramai pemilik takaful adalah seperti:
  • Melindungi orang yang tersayang atas kematian anda
  • Melindungi diri-sendiri daripada CPD/ Kehilangan Upaya Kekal / Penyakit Kritikal
  • Simpanan Paksa
  • Pelaburan Jangka Panjang
  • Penjimatan Cukai

Bergantung kepada kehendak seseorang individu, ada yang membeli polisi untuk melindungi seluruh keluarga.

Ada juga yang membeli untuk pelaburan atau mengkaitkan dengan hartanah. Dimana, polisi anda boleh cover asset anda.

Membeli polisi ini ada objektif yang berbagai.

Dengan pelan takaful yang betul, anda boleh menggunakannya dengan sebaik mungkin.

Konklusinya, anda perlu letakkan matlamat anda, pelan polisi anda nak yang macam mana.

Kalau nak buat untuk pelaburan, jangan pulak ambil pelan yang full coverage perlindungan pulak. Letak sikit % peratus untuk pelaburan tu.

Kami harap anda dapat menggunakan tips-tips ini dengan sebaiknya.

Jika ada sebarang pertanyaan boleh tinggalkan mesej dibawah atau email kepada kami. InsyaAllah team kami akan balas secepat mungkin.

2 Comments
Show all Most Helpful Highest Rating Lowest Rating Add your review
  1. […] anda sudah tahu apa yang perlu expect. Ada juga yang tak berapa suka apabila perkataan “insurans” diheboh-hebohkan. Malah ada yang salah anggap tentang […]

    Leave a reply

    Saya Takaful
    Logo