Insurans merupakan satu ayat yang bila anda dengar, anda sudah tahu apa yang perlu expect. Ada juga yang tak berapa suka apabila perkataan “insurans” diheboh-hebohkan. Malah ada yang salah anggap tentang insurans.
Insurans boleh terbahagi kepada pelagai jenis dan netizen lebih tahu tentang insurans kereta dan insuran hayat atau insurans nyawa.
Akan tetapi, masih ramai netizen Malaysia yang tidak memandang penting tentang insurans hayat.
Ada 2 Jenis Insurans Yang Anda Perlu Tahu:
- Insurans Am
- Insurans Hayat / Nyawa
Apakah itu Insurans Am?
Insurans yang “general” seperti barang-barang yang anda miliki tanpa melibatkan nyawa anda. Jika anda ada beli rumah, kereta, handphone dan sebagainya, syarikat atau bank akan sediakan insurans untuk melindungi hak milik anda dengan caruman bulanan atau tahunan. Supaya barang milik anda akan di”cover” oleh pihak insurans.
General Insurans ini cover semua benda selain nyawa, seperti berikut:
- Insurans motor
- Insurans kebakaran
- Insurans rumah
- Insuran kesihatan
- Insurans perjalanan
- Insurans kemalangan
Apakah itu Insurans Hayat?
Insurans hayat adalah insurans yang menyelamatkan nyawa anda dan melindungi keluarga anda dari segi kewangan sesebuah rumah tetangga apabila apa-apa terjadi kepada anda.
Insurans hayat memberikan wang pampasan untuk mengimbangkan kembali kestabilan kewangan dari segi pembayaran balik hutang, pembelanjaan hidup, hutang kereta, student loan dan sebagainya.
Anda boleh menetapkan berapa jumlah pampasan yang akan dapat kepada keluarga anda terpulang kepada polisi anda.
Top 7 Insurans Hayat Terbaik Di Malaysia
Inilah list 7 insurans hayat yang terbaik di Malaysia, pastikan anda bandingkan betul-betul dan pilih yang terbaik untuk keluarga anda.
1. Prudential
Prudential Takaful adalah merupakan syarikat insurans yang terbesar di Malaysia. Ia merupakan sebahagian daripada bisnes dari United Kingdom dan juga syarikat insurans yang paling lama di Malaysia sejak 1924 sebagai Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) di bawah subsidari Prudential PLC.
Kini mempunyai lebih 2000+ pekerja dan lebih 20,000+ agent insurans di seluruh Malaysia. Prudential juga memberi option kepada pengguna untuk memilih Prudential BSN Takafal yang lebih Islamik.
Setiap kali para peserta membayar premium atau caruman bagi pelan Takaful mereka, sebahagian daripada jumlah sumbangan tersebut akan disalurkan ke Dana Tabarru`. Dana ini akan digunakan untuk membayar pampasan kepada peserta yang membuat tuntutan yang perlu dibayar.
Sebahagian lagi sumbangan mereka akan ditolak sebagai bayaran Caj Wakalah kepada pengendali Takaful kerana melaksanakan tugas sebagai “Wakil” dalam menguruskan perkhidmatan yang tersedia di bawah pelan.
2. AIA Takaful
AIA ditubuhkan di Malaysia sejak 1948 lagi sebagai AIA, American International Assurance. AIA mempunyai lebih 10+ branch di seluruh Malaysia dan HQ mereka terletak di Kuala Lumpur.
AIA menawarkan pelan insuran dan takaful perubatan yang komprehensif. Mereka mempunyai pelan takaful yang lebih murah untuk para pencarum.
Sama seperti Prudential, AIA juga mempunyai versi Islamik yang dinamakan AIA Public Takaful. Pelan takaful bergantung kepada kondisi individu dan umur semasa pencaruman.
Walaupun pelan takafulnya murah, anda juga perlu lihat polisi dan coverage yang dicarum atau semak dahulu quotation tentang apa yang cover.
AIA Takaful ada juga untuk family plan, anda boleh check dengan agent anda, apa plan in detail yang ada supaya semua cover dengan sepenuhnya.
3. Great Eastern
Great Eastern juga merupakan salah satu syarikat yang terbesar dan sudah lama dalam industri insurans, sejak 1954 di Kuala Lumpur, Malaysia. Walaubagaimanapun, GE tidak ada pelan takaful seperti 2 Syarikat Insurans di atas.
Great Eastern mempunya insurans hayat yang biasa yang boleh memenuhi coverage setiap individu seperti takaful.
GE merupakan insurans yang paling popular bila disebutkan tentang insurans nyawa atau hayat. Ia juga syarikat terbesar hingga kini. Mereka mempunyai lebih 30,000+ agent insurans di seluruh Malaysia.
4. Allianz
Allianz Life Insurance merupakan produk utama untuk syarikat Allianz dan memberikan bermacam-macam jenis investment produk. Pada tahun 2012, Allianz adalah salah satu syarikat yang berkembang terpantas dalam insuran hayat di Malaysia dan masih berkembang.
Allianz ditubuhkan di Malaysia pada tahun 2001 dan menjadi shareholder kepada Allianz General Insurance Malaysia Berhad (AGIM). Setelah beberapa tahun berlalu, mereka tukar nama menjadi Allianz Malaysia Berhad (AMB).
Insurans Hayat Allianz sama seperti Insurans lain, mereka mempunyai pelbagai pelan perlindungan dan ia juga bergantung kepada keperluan anda. Bezanya, Insurans Allianz ni, anda perlu bayar premium atau caruman tersebut setiap tahun dan bukannya bulanan.
5. Manulife Malaysia
Ok, tak dinafikan bahawa Manulife Malaysia merupakan syarikat insurans yang baru di Malaysia. Mereka sebenarnya ada sejarah tertentu dan selalu di rebrand kepada nama baharu.
Syarikat insurans ini sebenarnya sudah ada di Malaysia sejak 1963 lagi.
Ia dinamakan sebagai British American Insurance Co, atau lebih dikenali sebagai British American Insurance. Kini, mereka sudah rebrand kepada Manulife.
Ia juga memberikan pelan insurans yang baik untuk warga Malaysia. Produk mereka dibahagikan secara komprehensif, seperti insurans hayat, pelan persaraan, investment dan juga pelan pendidikan.
6. Zurich
Zurich Insurans Group ditubuhkan sejak 1872 di Zurich, Switzerland. Syarikat Zurich berkembang ke 215 negara di seluruh dunia dan mempunyai 150 tahun pengalaman dalam memberikan perlindungan kepada pencarumnya.
Zurich Malaysia memberikan pelbagai pelan insurans termasuk pelan Takaful dalam insurans hayat dan juga insurans am. Produk mereka juga mempunyai pelan yang patuh Shariah dan juga insurans takaful am.
Kini, Zurich Life Insurance Malaysia Berhad mempunyai 30 branch di seluruh Malaysia bagi memberikan support dan perlindungan kepada rakyat Malaysia.
7. Sun Life Malaysia
Ada ramai netizen yang tahu tentang Sun Life Malaysia, ada juga yang tak berapa kenal dengan Sun Life sebab syarikat insurans ini memang baru.
Ia mempunyai partnership ekslusif dengan CIMB Bank, ini bermaksud, dia memberikan pakej insurans di bawah Bank, merupakan terbesar dan terluas di Malaysia.
Nama Sun Life Malaysia itu atas joint-venture dari Sun Life Financial dan Khazanah Nasional Berhad.
Walaupun ia baru, pelan insuransnya murah berbanding syarikat lain. Tapi sebagai pengguna, anda perlu tahu apa yang anda langgan dengan polisi tersebut.
Kita perlu tahu apa yang kita dicover dan check betul-betul.
Insurans Hayat Mana Yang Terbaik?
Insuran hayat boleh dikatakan produk yang fleksibel yang mengikut kemampuan dan keperluan setiap individu.
Anda tak perlu ambil pakej yang terlampau mahal untuk mendapatkan perlindungan yang sepenuhnya. Pakej yang sempurna adalah pelan insurans yang memenuhi keperluan apabila timpa musibah.
Jadi, Insurans mana yang baik? Sebenarnya, ia bergantung kepada pengalaman masing-masing. Sesetengah orang lihat kepada harga, sesetengahnya, lihat kepada berapa cepat atau lepas tak claim insurans, ada juga yang nak plan seperti bundle atau family plan.
Macam saya sendiri, menggunakan Prudential Takaful, tapi tak semestinya anda perlu guna produk ini. Anda perlu lihat dari segi harga, perlindungan, keperluan dan kemampuan.
Dan tanya pada diri anda,
“adakah pelan insurans ini dapat membantu keluarga aku jika aku ditimpa musibah?”
Semua insurans di atas mempunyai agent masing-masing dan kebanyakkan agent ini akan beri anda awareness. Tak kira syarikat mana anda akan langgan, pastikan anda pilih yang terbaik untuk diri anda.
sebenarnya Great Eastern sudah ada pan Takaful. Boleh search Great Eastern Takaful. Great Eastern Life adalah insuran konvensional .