Editor choice

3 Sebab Kenapa Guarantee Letter (GL) Lambat Approve

3 Sebab Kenapa Guarantee Letter (GL) Lambat Approve

Antara sebab kenapa bila kita dah apply untuk guarantee letter tapi lambat approve bila kita nak masuk wad hospital adalah kerana proses application GL itu sendiri lambat sampai ke pihak yang tertentu dalam hospital itu sendiri.

 

Tapi dalam aspek ini, kami akan terangkan 3 sebab utama yang menyebabkan guarantee letter (GL) anda, lambat approve sebelum anda dimasukkan ke wad hospital.

 

1 . Kelewatan Pihak Hospital

Kebiasaan yang ramai netizen apabila sudah sahaja submit (GL) untuk masuk ke wad hospital, pihak hospital mengambil masa yang lama untuk request GL kepada pihak takaful insurans.

 

Mengapa prosesnya lambat?

 

Ada kemungkinan yang GL anda diproses oleh doktor tidak disiapkan semasa diterima. Ada kalanya, doktor juga sibuk dan paperwork mereka ditangguhkan, maka proses untuk GL approve juga mengambil masa.

 

Kadangkala, report GL tersebut lambat diterima untuk disubmit. Boleh juga ada masalah seperti fax mempunyai issue dan error semasa menghantar kepada pihak tertentu.

 

Ia akan menjadi issue tentang fax apabila ramai orang yang perlu admit ke hospital dalam satu masa. Maka mesin fax boleh rosak, membuatkan proses untuk menghantar dokumen GL tersebut tergendala.

 

 

2 . Extra Requirement / Report / Justification

Apabila pihak hospital sudah fax report untuk GL kepada pihak takaful, pihak takaful pula memerlukan report atau extra requirement atau justification daripada doktor anda.

 

Ini kerana pihak takaful insurans memerlukan sebab utama mengapa patient tersebut perlu masuk wad hospital. Jadi, pihak takaful memerlukan details dan ujian untuk approve GL tersebut.

 

Dan ia memakan masa juga apabila pihak hospital menerima reply dari takaful, dan pihak hospital perlu fax sekali lagi dengan explanation atau report daripada doktor kepada pihak takaful.

 

 

3 . Ketiadaan Doktor Pakar

Anda admit masuk hospital pada waktu yang doktor pakar tiada di hospital. Kalau doktor tiada di hospital, proses untuk approve GL akan memakan masa kerana doktor pakar kebiasaannya akan handle banyak hospital.

 

Hanya bila adanya doktor pakar di hospital, chances untuk anda approve GL tersebut akan lebih tinggi.

 

Kebiasaannya apabila anda admit pada tengah malam, malam dan terutamanya pada hari minggu iaitu Sabtu dan Ahad.

 

Ada kebarangkali yang doktor yang ditugaskan untuk menulis GL tersebut tidak available. Ini menyebabkan GL tersebut tidak dihantar kepada pihak takaful insurans.

 

Bagaimanakah Proses Guarantee Letter?

Kepada pihak yang mempunyai medical card, anda sudah tahu apa yang anda carumkan dan sudah pasti tahu tentang apa yang dicover dan tak cover.

 

Jadi step by step untuk anda dimasukkan ke hospital yang anda perlu tahu.

 

Anda perlu tahu tentang GL terlebih dahulu. GL adalah surat yang menyatakan bahawa ada pihak yang lain daripada anda yang akan menanggung kos-kos perubatan di hospital berkenaan. Dan pihak tersebut adalah insurans / takaful.

 

Pre-Authorization Letter

Pertama sekali, jika anda perlu dimasukkan ke hospital dan anda mempunyai kad medikal, pihak hospital akan menghubungi pihak takaful insurans untuk Guarantee Letter.
Dokumen penting adalah Initial Pre Authorization Letter. Anda juga boleh tahu bahawa mengapa takaful anda ‘decline’ request anda.
Antara sebab ‘decline’ adalah:
  • Tak memberitahu situasi sebenar ketika memohon takaful insurans.
  • Dalam tempoh menunggu (waiting period).
  • Penyakit tersebut sebenarnya boleh dirawat sebagai penyakit yang tidak serius.
  • Insurans takaful anda sudah lapse – caruman anda tidak update dan tak dibayar.
  • Kesangsian, contohnya adalah tumor dalam badan sudah setahun tapi tak membuat apa-apa.
  • Dan sebagainya, bergantung kepada pihak insurans.

 

Apabila proses anda “Approve” dan tak mempunyai sebarang masalah, tuntutan di hospital akan didaftarkan dalam sistem tuntuan takaful insurans.

 

Dan anda diberikan nombor tuntutan, dan nombor ini penting untuk rujukan para pesakit atau ejen anda jika berlaku sebarang tuntutan “pre dan post hospitalization”.

 

Final Pre-Authorization Letter

Apabila semua dokumen sudah lengkap oleh pihak hospital dan telah diberikan kepada pihak takaful insurans dan juga pihak underwriting claim, selepas mereka puas hati dengan report dan tiada masalah atau perkara yang mencurigakan berlaku, maka pihak takaful insurans akan mengeluarkan Final Pre-Authorization Letter.

Ini merupakan step terakhir dalam proses untuk approvekan Guarantee Letter. Kebiasaanya, proses GL ini akan lebih senang jika polisi anda sudang matang dalam 2 – 3 tahun.

Ia hanya akan jadi lambat jika polisi tersebut masih baru walaupun bawah 90 hari. Jadi sebaiknya, peserta haruslah mengambil takaful insurans pada usia yang muda dan mampu semasa sihat.

Jadi, sekiranya berlakunya perkara yang tak diingini, insurans peserta dapat membantu serta merta.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

We will be happy to hear your thoughts

Leave a reply

Saya Takaful
Logo