Editor choice

10 Sebab Untuk Ambil Takaful Insurans Nyawa

Ramai netizen yang percaya bahawa insurans nyawa ini membazir dan ia tak penting untuk mereka. Malah bayaran bulanan itu, tak memberikan mereka manfaat atau pulangan apa-apa.

Walaupun begitu, tapi masih ada yang insurans nyawa ini sama dengan insurans kenderaan. Kereta pun ada insurans tapi kita sendiri tak ada insurans.

Macam manapun, ada beberapa sebab kita perlu ambil takaful insurans nyawa, dalam artikel ini, kita akan jelaskan 10 sebab untuk ambil takaful insurans nyawa.

 

Antara sebab perlu ambil insurans nyawa adalah:

 

1. Menanggung Kos Pengebumian

Insurans nyawa membolehkan keluarga si individu yang meninggal dunia untuk menggunakan dana dari insurans untuk menguruskan pengebumian jenazah.

Proses pengebumian jenazah menggunakan kos dan belanja yang tinggi. Dan kos-kos ini akan ditanggung oleh pusaka si mati. Jadi, dengan dana daripada takaful insurans nyawa dapat menyelesaikan masalah ini.

Antara kos yang dapat ditanggung adalah:

  • Pembelian kain kafan
  • Kos gali kubur
  • Kelengkapan mandian
  • Pengangkutan jenazah
  • Kos-kos lain berkaitan urusan pengebumian; seperti ambulans dan sebagainya.

Dengan adanya takaful insurans nyawa, ahli keluarga anda dapat menggunakan wang tersebut untuk pengebumian dan mereka tak perlu menggunakan wang simpanan yang ada untuk menanggung kos pengebumian anda.

Ia akan menyenangkan ahli keluarga dan anda juga kerana insurans dah settlekan masalah dari segi kewangan ini.

 

2. Kurangkan Kadar Cukai Pendapatan

Mesti korang tak tau yang insurans nyawa boleh mengurangkan cukai pendapatan kan? Tak ramai yang peka tentang perkara ini, bukan sahaja dapat perlindungan tapi juga mengurangkan bebanan dari segi pendapatan.

Anda layak untuk mendapat pengecualian cukai pendapatan sehingga RM3,000 untuk tahun semasa.

Korang boleh berjimat dari segi perbelanjaan setiap tahun jika memilik takaful insurans nyawa termasuk insentif pengurangan cukai lain yang diberikan oleh kerajaan.

Method ini sama sepeti skim persaraan, caruman KWSP, ASB-Financing dan sebagainya.

 

3. Kehidupan Lebih Selesa

Kita hanya boleh merancang dalam apa jua perkara dan aktiviti, dan kita tak boleh jangka tentang perkara buruk berlaku kepada diri kita.

Dengan adanya insurans nyawa, kita tak perlu risau tentang keluarga anda kerana semuanya ditanggung oleh pihak insurans.

Insurans nyawa akan tanggung dan dijadikan sebagai pelampung dalam kehidupan anda. Sekiranya anda ditimpa musibah seperti kecacatan kekal disebabkan kemalangan atau perkara lain, insurans dapat membantu anda dari segi kewangan dan medikal.

Ia juga bergantung kepada jumlah pampasan yang anda carum. Walaupun jumlah pampasan anda tak seberapa banyak, sekurang-kurangnya anda boleh membantu keluarga anda.

 

4. Melangsaikan Hutang

Dengan adanya insurans nyawa, bukan sahaja boleh membantu anda dari segi medikal dan sebagainya, malah boleh membayar hutang anda.

Kebanyakan netizen mempunyai pelbagai hutang seperti, pinjaman perumahan, pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, PTPTN, kad kredit dan sebagainya.

Hutang-hutang ini akan diwariskan kepada keluarga untuk dijelaskan setelah anda meninggal dunia.

Oleh sebab itu, kebanyakan netizen memilih takaful insurans nyawa yang membolehkan anda hibahkan wang tersebut kepada waris anda.

Ia dapat menyenangkan proses untuk melangsaikan hutang anda apabila waris menerima wang pampasan daripada insurans anda. Dan lebihan daripada wang pampasan tersebut boleh digunakan untuk menampung kehidupan ahli keluarga.

 

5. Boleh Guna sebagai Pelan Simpanan

Takaful insurans nyawa juga ada pelan investment / simpanan yang mempunyai gabungan antara perlindungan dan simpanan jangka panjang.

Simpanan anda akan menjadi lebih tinggi daripada jumlah premium yang dibayar dalam masa 5 ke 10 tahun ke atas. Bergantung kepada pelan insurans yang anda carum.

Korang boleh rujuk syarikat insurans anda untuk dapatkan info yang lebih detail atau tanya kepada agent insurans anda sama ada pulangan simpanan tersebut dijamin atau tak.

Anda boleh keluarkan simpanan tersebut sebaik sahaja polisi insurans anda telah matang. Kebiasaannya, individu akan keluarkan simpanan selepas 10 tahun bercarum.

Ini kerana ia akan meningkat jika dibiarkan dengan jangka masa yang panjang. Tetapi, anda tak boleh samakan pelan simpanan ini dengan mana-mana pelan investment seperti ASB, Unit Trust dan lain-lain.

Produk utama pelan ini adalah perlindungan kepada individu dan simpanan sebagai bonus.

 

6. Tabung Pendidikan Anak-anak

Tahukah korang, takaful insurans nyawa ni boleh digunakan untuk anak-anak korang pada masa hadapan.

Walaupun, anda baru sahaja dapat cahaya mata pertama, dan anak anda masih lagi bayi, boleh meneruskan dengan tabung pendidikan dengan insurans.

Sesetengah syarikat memberikan pelan insurans nyawa yang menawarjan ciri-ciri simpanan yang menguntungkan hinggalah anak anda meneruskan pembelajaran.

Jika anda membuat pelan ini sejak anak anda masih bayi atau kecil lagi, sudah tentu dana itu mencukupi untuk anak anda sambung belajar.

 

7. Melindungi Aset dan Simpanan

Insurans nyawa merupakan salah satu cara anda boleh melindungi aset-aset dan simpanan anda seperti rumah, business dan sebagainya.

Ia merupakan langkah berjaga-jaga dalam jangka masa yang panjang untuk mengelakka ahli keluarga atau waris terkesan atas pemergian anda.

Sekiranya anda memiliki takaful insurans nyawa, waris anda tak perlu jual rumah dan terpaksa gadaikan aset yang dikumpul oleh anda.

Hutang-hutang anda boleh dijelaskan dengan insurans nyawa dan ia menyenangkan proses dan menyelesaikan masalah.

 

8. Memberikan Perlindungan Medikal

Walaupun anda carum dengan takaful insurans nyawa, agen anda akan juga suggest untuk sekalikan dengan medikal kad. Berbanding dengan insurans nyawa, kadang-kadang ia sudah dipakejkan sekali dalam medikal kad.

Sesetengah syarikat insurans akan asingkan antara medikal kad dan hibah/pampasan. Dengan adanya medikal kad, anda boleh mendapatkan perlindungan medikal ke mana-mana cawangan hospital yang dicover oleh insurans anda.

Jadi, anda tak perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk tujuan medikal. Malah anda tak perlu keluarkan satu sen pun jika carum kepada full-coverage.

 

9. Lebih Murah Jika Ambil Awal

Kalau korang nak tahu, insurans akan jadi murah jika anda boleh carum mana-mana insurans pada usia yang muda.

Ini adalah sebab, semakin lama usia meningkat, semakin tinggi percentage untuk anda mengihap penyakit. Oleh itu, premium insurans anda ditentukan oleh usia anda pada tahun tersebut.

Jika anda mengambil insurans pada usia 7 tahun lagi, adalah berbeza dengan ambil pada usia 25 tahun. Semakin tinggi usia, semakin tinggi risiko. Insurans juga ambil kira sama ada anda bekerja di tempat yang risikonya tinggi ataupun tidak.

Jadi, ia lebih baik jika anda boleh mencarum pada usia yang muda. Lebih-lebih lagi anda sudah berkeluarga, anda boleh carumkan untuk anak-anak anda sejak mereka lahir lagi.

 

10. Ganjaran Dengan Bonus Tanpa Tuntutan

Kebanyakan syarikat insurans memberikan bonus tanpa tuntutan. Bonus tanpa tuntutan adalah ganjaran yang ditawarkan kepada anda oleh syarikat insurans kerana tidak melakukan sebarang tuntutan sepanjang tempoh masa tertentu.

Ia bergantung kepada setiap syarikat insurans yang memberikan bonus ini, contohnya, anda sudah mencarum dengan insurans tersebut selama 5 tahun. Dalam masa 5 tahun tersebut, anda tidak membuat apa-apa tuntutan, pihak insurans akan memberikan bonus kepada anda.

Lagi awal anda bermula, lebih baik kerana anda mungkin tidak perlu membuat tuntutan terhadap polisi insurans anda untuk beberapa tahun. Dan boleh menerima bonus macam tu je.

 

Kesimpulannya

Pastikan anda sudah fikir masak-masak dan kepada yang sudah mencarum takaful insurans itu, teruskan. Dengan 10 sebab untuk memiliki takaful insuran nyawa ini, kita harap, artikel ini bermanfaat kepada netizen yang masih belum memiliki insurans nyawa.

“Kereta anda ada insurans, anda pula bagaimana?”

Kita boleh menganggap insurans ini sebagai pelampung kepada kehidupan kita, malah insurans sebagai penyelamat keluarga anda. Maka sayangilah keluarga anda dan mudahkan urusan ke semua pihak.

Kalau anda mempunyai apa-apa soalan sila click sini. Kami akan segera membantu.

We will be happy to hear your thoughts

      Leave a reply

      Saya Takaful
      Logo